Blogger Layouts

Tuesday, October 18, 2011

sedetik lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

INTERNET TELAH MENYUMBANGKAN KEPADA KEMAJUAN SISTEM PERHUBUNGAN SEHINGGA MENJADIKAN “ DUNIA SEMAKIN KECIL “ DALAM ERA GLOBALISASI INI. NAMUN, ADA PIHAK YANG MENGATAKAN INTERNET TURUT MEMBAWA KESAN NEGATIF. BINCANGKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET.



PENDAHULUAN
§  Internet merupakan teknologi tercanggih dalam kehidupan manusia dewasa ini
§  Internet dikaitkan dengan jaringan computer yang mempercepat pertukaran maklumat dan komunikasi
§  Internet muncul pada tahun 1960-an sebagai alat terpenting dalam bidang ketenteraan. Kini , teknologi ini penting untuk pelbagai bidang, terutama dalam bidang komunikasi dan akedemik serta untuk tujuan penyelidikan.

IDEA UTAMA
KEBAIKAN
       I.            MEMBANTU MENINGKAT DAN MEMPERCEPATKAN KADAR URUS NIAGA NEGARA
§  Perkhidmatan ‘ ON-LINE’ membolehkan orang ramai berurus niaga dari rumah atau pejabat dengan cepat, selesa dan selamat. Contohnya , Maybank dikatakan menawar penggunaan Maybank2u.com kepada pengguna internet
§  Perkhidmatan internet ini membolehkan pelanggan menguruskan akaunnya secara elektronik selain membolehkan pelanggannya mengurus jual beli saham di Bursa Malaysia secara cepat dan mudah
§  Orang ramai dan para peniaga berpeluang mengikuti keadaan dan perkembangan ekonomi dunia korporat dan pasaran saham dunia sacara cepat dan tepat

MEMBEKAL DAN MENYEBARKAN PELBAGAI MAKLUMAT  SECARA CEPAT TANPA BATASAN RUANG
§  Pelbagai maklumat termasuklah maklumat tentang penemuan baharu dan laporan eksperimen saintifik (sains tulen) dan sains perubatan dapat disebarkan dan diperoleh menerusi interner
§  Internet dapat digunakan untuk mengendalikan kursus-kursus pendidikan sains dan vokasional. Contohnya , university Terbuka Malaysia dan Extension University di Amerika Syarikat telah mengendalikan pelbagai kursus latihan dan pendidikan secara global menerusi laman internet
MEMPELBAGAI MOD DAN KADAR KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
§  Internet membolehkan kita berkomunikasi dengan seseorang di setiap pelosok dunia secara pantas. Akibatnya dunia menjadi semakin kecil. Hal ini cukup penting dalam era globalisasi ini
§  Pelbagai kemudahan internet dapat digunakan untuk mempercepatkan komunikasi individu serta tujuan perdagangan. Contohnya kemudahan e-mel, telnet, dan world wide web (WWW)

KEBURUKAN
MENYEBARKAN UNSUR-UNSUR NEGATIF KEPADA MASYARAKAT SEANTERO DUNIA
ü Pengguna internet boleh melayari laman lucah atau pornografi pada terminal computer. Akibatnya , mereka akan terdedah kepada program seks dam program yang berunsur keganasan. Hal ini akan meruntuhkan akhlak muda-mudi di Negara kita
ü Pengguna internet yamg muda dan kurang matang mudah di pengaruhi atau terikut-ikut dengan nilai-nilai budaya negative yang terpampang dalam komuniti siber atau maya

MENIMBULKAN MASALAH NEGARA
ü Internet dicipta untuk tujuan menyebarkan maklumat secara bebas. Jadi , maklumat rahsia individu, firma, mahupun pihak kerajaan mengkin terbongkar dan disalahguna. Hal ini akan menjejaskan keselamatam individu, firma mahupun kerajaan.
ü Kegiatan saling menfitnah dan penyebaran kenyataan palsu dan bersifat propaganda akan mengancam kestabilan politik dan keselamatan Negara
ü Laman perdagangan yang menggunakan kad kredit untuk tujuan urus niaga tidak selamat dan jenayah siber boleh mengakibatkan kehilangan wang yang tidak kuran nilainya

KESIMPULAN
§  Sistem rangkaian internet yang berkembang pesat ini membawa kebaikan dan keburukan kepada pengguna
§  Pengguna internet harus sedar peranan dan implikasi akibat penggunaan kemudahan internet khususnya dalam era globalisasi ini

Nanashanaas J 17:49 05.10.11